Maafkan daku wahai blog..
Salam,
Hahaha..giler lama aku x update blog ni. Nasib baik tak da sawang. Dulu masa sebelum & semasa SPM rajin je aku update. Entah la.. Lepas ja SPM aku rasa tak best pulak. Dulu masa tengah study memang best curi2 masa untuk online, sekarang ni aku online facebook & myspace ja, terlupa pulak pasal blog nih.
Sekarang ni aku dah habis SPM. Laaaaaaaaaaaapang nya rasa otakku. Tapi kadang2 boring pun ada jugak. Rindu nak pergi sekolah. Apeela, dulu time tgh study malas betul nak pergi. Hmm, lepas SPM ape nak buat erk? Aku rehat dulu sebulan (dec ‘09), masuk je tahun baru aku start cari keja. Perggghhhh!!!! Susah gila nak dapat keja….. Semua orang dah sapu. Aku juga salah seorang remaja “bertuah” dapat masuk PLKN, hahahaha. Tapi tak dapat kumpulan 1, jadi aku mungkin masuk kem awal bulan 4 or bulan 7. Dulu masa 1st aku dapat tau rasa sedey jugak la. 3 bulan tu..bukan kejap oii.. Tapi bila dah lama aku dah boleh terima realiti. Pikir2 balik best jugak masuk PLKN, dari duduk kat rumah saja2.
Stop pasal PLKN. baru2 ni baru aku dapat keja..dah apply merata tapi satu pun tak call2. Geram toi. Aku dapat kat jusco, sebagai promoter brand POLO. Tapi aku keja part time untuk Chinese New Year saja. 1 ~ 15 Feb. Non stop. Aku kira2 boleh la dapat RM 600++. Jangan mintak blanja, aku nak beli nset harga 1000++, hehe. Nak tengok jadual keja aku?
Tak ada cuti la..huhu. Straight 15 hari. Tak pe la, demi duit aku sanggup (harap2 aku tak blah lepas 2-3 hari, haha). Memetik kata2 Mr. Crab, “duit..duit..duit..duit..duit..”.
Lusa ni aku mula keja. Gong Xi Fa Cai, bye!
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.




Comments
No comments yet.
Leave a comment