Rusuhan ?!

Play the video

Salam,

Hahaha.. ni bukannya rusuhan ke apa.. tapi nampak mcm rusuhan kan.. Ni sebenarnya latihan kebakaran yang di adakan kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Don’t worry, KMPP is a peaceful college.

KMPP?!! Dah lama sangat2 aku tak post, busy la. Sekarang tgh cuti pertengahan semester selama lebih kurang 10 hari sahaja. Waaa.. last post pon pasal result spm baru nak kluar..hahaha. Sebarnya result spm aku average saja.. tak lah skor sgt pun.. tu la, tak study secara konsisten. last2 minute baru nak struggle, macam tu lah result. nasib baik tak teruk sangat.

Dengan result tu, aku dapat la tawaran Program Satu Tahun, Matrikulasi KPM & Diploma Sains Gunaan UiTM. JPA & MARA konfem2 tak dapat, tak apa la, target aku pun nk sambung dalam Malaysia ja. Pikir punya pikir, last2 aku masuk matrikulasi sebab dekat ja dengan rumah aku, senang nak balik.. hahaha. Kalau UiTM tu kat perlis la pulak, perlis boring sikit bagi aku. Walaupun macam2 aku dengar pasal bertapa susahnya program matrikulasi yg sedikit melemahkan semangat aku, aku masuk jugak la. Satu tahun ja kan, struggle and try my best. Lepas ni insyaAllah kalau ada rezeki boleh sambung ijazah, amin.

Sekarang ni aku baru ja lepas mid-semester exam, yang membawa 10% markah ke pointer aku nanti. Aku tak mau komen la pasal macam mana aku jawab exam tu. hmm. =/ Average ja.

Yang penting sekarang ni aku tgh cuti, setelah lama aku terperap kat KMPP, baru sekarang ni aku merasai cuti panjang yang pertama. Malangnya, cuti matrikulasi tak sama  dengan study lain. Member2 lama aku kebanyakkan semua tgh study sekarang ni, except yang masuk matrikulasi la. UUUiiishhhhhhh, dah lama aku tak tengok wayang & jalan2..haha.

Setakat ini dahulu, bye-bye.

-just renewed expiry khairul.info domain name-

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes